On Tuesday, October 26, 2010 0 comments

On Wednesday, August 25, 2010 0 comments

Kampung Paya Luas telah mula diteroka pada sekitar tahun 1914 dan merupakan sebuah perkampungan tradisional di dalam Mukim Jenderak yang terletak 6 km. dari pekan Kuala Krau dan 41 km. dari bandar Temerloh.

Diberi nama Kampung Paya Luas adalah disebabkan kawasan payanya yang luas terdiri daripada kawasan Paya Teras, Paya Kundang, Paya Salong, Paya Sesar serta Paya Kelompok meliputi kawasan seluas lebih kurang 250 ekar.

Ianya dibuka oleh sekumpulan pendatang dari Daerah Lipis yang mencari penempatan baru untuk bercucuk tanam khususnya tanaman padi yang merupakan aktiviti utama pertanian pada waktu itu.

Kedudukannya terletak di sepanjang Sungai Krau di sebelah selatan manakala di sebelah utaranya terdampar kawasan paya yang luas dan memanjang dengan keluasan kampung seluas 5 km. persegi atau lebih kurang 735 hk.

Kampung ini terdiri daripada gabungan beberapa buah kampung iaitu Kg. Paya Luas sendiri, Kg. Paya Teras, Kg. Paya Sesar, Kg. Tengah, Kg. Paya Kelompok dan juga Kg. Baru Paya Luas.

Penempatan penduduk di kampung ini adalah secara bertaburan di sepanjang jalan utama serta berhampiran dengan kawasan paya yang dahulunya merupakan kawasan penanaman padi yang utama.

Hampir 80% daripada penduduk kampung ini adalah merupakan pekebun kecil getah dan sawit manakala yang lainnya merupakan kakitangan awam, swasta, bekerja sendiri serta berniaga.

Papan tanda kampung

Pintu masuk ke Kg. Paya Luas